genetik gedik.

hati ini tertanya tanya.
bertanya akan apakah kebenarannya.

setiap kali aku memandang ke luar jendela, 
pasti akan ku cuba fikirkan apakah jawapannya.

aku teliti mana yang hitam.
aku teliti mana yang putih.
aku teliti mana yang kelabu.
namun, jawapan itu masih belum digenggam akal ku.

sudah penat aku layankan,
teka teki tidak bermakna ini.
bukannya bernilai seribu impian,
mahupun sejuta pelangi.

tetapi, apakan daya yang diriku ini ada.
diri ini yang terlalu tamak untuk pengakhiran.
untuk satu kesimpulan.
untuk satu jawapan.

oleh itu, tanpa aku berfikir panjang, 
aku tinggalkannya tanpa penutup.
apa yang benar, apa yang salah, aku endahkan.
baiklah aku pancarkan pemikiranku ini terhadap perkara yang lebih penting.

kerana aku pasti,
penyelesaian itu bukanlah milik aku.
mengapa?
hah. kerana ia ketentuan Tuhan Yang Maha Esa.

biarlah soalanku ini tidak terjawab.
bahawasanya, siapakah yang mengambil perhatian akan sesuatu seperti,
apakah semua kucing berpunggung besar?
atau kucing kucing dirumahku sahaja?

i can be poetic too, yknow.
anak cikgu bm ni!
don't underestimate my bad bm marks.

i just got those kind of marks because i have too many brilliant ideas but didn't manage to explain them in the times given :P

Comments

Popular Posts